MITSUBISHI TRITON ATHLETE
Triton VGT 2.4 Athlete
Triton, VGT AT Athlete enjin Diesel 2442 cc, 4 silinder menjana kuasa Triton VGT AT Athlete dan menghasilkan kuasa 179 hp dan tork 430 Nm. Triton VGT AT Athlete 5 tempat duduk didatangkan dengan Automatik. Keselamatan ditambah dengan menyediakan Central Locking & Enjin Immobilizer.
JIKA INGIN MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG MODEL-MODEL MITSUBISHI BOLEH KLIK LINK 👇
🗒️ Borang Pertanyaan | Booking
MOHD TARMIZI BIN MAMAT
SALES ADVISOR MITSUBISHI LAJINA MOTORS SDN BHD KUALA TERENGGANU
MITSUBISHI TRITON VGT 2.4 ATHLETE
Dari segi estetik, Triton Athlete tampil garang dengan rekaan Dynamic Shield bersama gril dan skid plate hadapan berwarna hitam. Pada bahagian sisi pula, ia diserlahkan lagi dengan grafik dengan tulisan Triton Athlete, pemijak kaki, perumah cermin sisi dan rim bersaiz 18 inci berwarna hitam berkilat.
Masuk ke ruang kabin, ia dibezakan dengan varian lain menerusi jahitan benang berwarna oren pada stereng, tuil gear serta plat kaki beriluminasi LED.
Triton Athlete dikuasakan oleh enjn turbo diesel MIVEC bersesaran 2.4 liter dengan teknologi Variable Valve Timing yang mampu menjana 181PS dan tork 430Nm. Kawalan mantap trak pikap itu ditingkatkan dengan ciri Super Select 4WD II bersama mode off-road.
Aspek keselamatan agak lengkap dengan ciri-ciri seperti Forward Collision Mitigation (FCM) Blind Spot Warning dengan Lane Change Assist (BSW dengan LCA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS), Auto High Beam (AHB) dan 7 beg udara sebagai standard.
Bukan itu sahaja, trak pikap berkenaan dilengkapi ciri All Round Monitor (ARM), Perakam Video (DVR), skrin sentuh bersaiz 7 inci serta ketersambungan Apple CarPlay dan Android Ready.
Naik taraf ARM, DVR dan sistem infohibur ditawarkan oleh semua pengedar sah Mitsubishi di seluruh negara. - Mekanikal